SALAH satu pusat perhatian ketika
berinteraksi dengan orang lain adalah mata. Mata yang cerah menandakan
kesihatan di dalamnya. Kajian yang dilakukan baru-baru ini mengatakan
bahawa kandungan dalam aprikot boleh membantu dalam melindungi organ
mata, seperti dipetik dalam Times of India.
Limpahan kandungan seperti vitamin A dan antioksidan, dapat menanggalkan
radikal bebas yang merosakkan sel dan jaringan yang boleh mencederakan
mata. Hal lain dari khasiat buah aprikot ini iaitu, boleh mencegah
katarak yang disebabkan oleh kesan degeneratif radikal bebas, atau stres
oksidatif.
Kandungan lain yang terdapat dalam aprikot juga berupa potassium, magnesium, zat besi, dan sebagai sumber serat.Buah dengan nama latin Plum Armenia ini memang mempunyai kandungan yang dahsyat bagi kesihatan, selain kanser dan untuk organ mata, dengan mengambilnya sebagai makanan harian ianya juga dapat membantu mencegah serangan jantung kerana kandungan karotenoid. Selain itu juga berperanan dalam menurunkan kadar kolesterol, membantu mengawal tekanan darah, dan juga mengekalkan kestabilan kadar gula darah tetap normal.
Numpang Promosi Bos,,,
ReplyDeleteJual Bibit Buah Persik, Plum, Durian Pelangi, Alpukat Jumbo, Miracle fruit, Buah Tin, Zaitun, Kurma, Jambu Farang, Memey Sapote,dll,,di Jogja dan Magelang. Hub. Awan 087839145118
sip mas :) pasang iklan juga bisa :D hehehe
Delete