Cara Melawan Kanser

Cara untuk melawan Penyakit Kanser setakat ini ialah dengan:
 
1. Menggunakan Mesin Teknologi Tinggi seperti Sinaran Laser untuk membantutkan (menahan buat sementara waktu).
2. Mengambil Bahan Kimia seperti Dadah yang kuat, yang mampu membunuh sel (hingga semua sel yang sakit dan yang sihat mati).
3. Membina ketahanan tubuh dengan melakukan Pernafasan, Senaman agar imun badan dapat melawan segala penyakit termasuk sel kanser.
4. Memakan makanan yang bukan kimia yang berupaya melawan penyakit kanser, seperti memakan akar dan ulam untuk kekuatan.
Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian pada zaman ini. Semua telah mengetahui tentang hakikat ubat yang boleh menyembuhkan atau merawat kanser secara total masih belum ditemui, tetapi ingat lah kita pada sabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan tua dan mati. Oleh yang demikian, berkongsi salah satu ikhtiar dan usaha dari pelbagai usaha-usaha yang ada untuk mencegah dan melawan sel kanser, InsyaAllah.
Yang pertama ialah berkenaan dua buah-buahan yang mempunyai kebaikan semulajadi untuk membantu pesakit-pesakit kanser melawan kanser dari dalam badan. Buah yang pertama ialah Apricot. Aprikot merupakan buah yang telah ditemui sejak zaman Greece lama. Kelebihan Apricot yang menjadikannya sebuah buah yang bagus melawan kanser ialah kebaikan biji Apricot (apricot seed). Biji Apricot mempunyai vitamin B17 menjadikannya unik berbanding buah-buahan lain untuk melawan kanser.
Vitamin B17 adalah sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya akan menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal.

Buah kedua pula tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia kerana Malaysia juga turut menghasilkan buah tersebut. Disebalik, rasanya yang manis dan warna merah yang menawan, Strawberi telah dianugerahkan vitamin C. Vitamin C baik untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan serta mencegah penyakit.Kedua-dua buah ini, InsyaAllah boleh menjadi ikhtiar buat pesakit-pesakit kanser menyembuhkan penyakit kanser mereka.

Perkongsian kedua saya ialah merawat dan melawan sel kanser dari luar. Caranya dengan membaca ayat-ayat tersebut kemudian hembuskan kepada tempat sakit selama 21 hari:-
  1. Surah Al-Fatihah (1)
  2. Surah Al-Ikhlas (3)
  3. Selawat (3)
  4. Surah Al-A’la (21)
Semoga pembaca-pembaca sekalian dapat mengamalkannya dan bertawakal kepada Allah agar usaha yang telah kita lakukan ini membuahkan hasil yang diingini.

No comments:

Post a Comment

Silahkan berkomentar !